Sunday 30 December 2012

820 hari

820 hari
bukan lah singkat
jika dahulu digelar sahabat
kemudian kekasih
sekarang kita dalam keadaan friendzone

820 hari
kau sabar tunggu aku
padahal kau boleh cari yang lebih baik dari aku
padahal ada yang lebih cantik dari aku
padahal ada yang lebih sopan dari aku

820 hari
kau masih kira hari
walau kau tahu kita bukan seperti dahulu
bukan sebab curang aku tinggalkan kau
aku cuma kejar cinta ilahi

820 hari
aku belajar kasih sayang
terima kasih
pembekal aku sampai sekarang
kenangan lalu aku pegang

820 hari
aku harap ada lagi hari untuk ku taip
aku harap ada lagi untuk dibilang
aku harap biar kau dihadapan aku
bukan sebagai lelaki ajnabi
tetapi lelaki yang membimbing aku ke siratulmustaqim
kalau boleh biarr ke jannah
bukan ke jahaanam


820 hari
aku harap ada satu hari
yang buat aku menangis kerana gembira
dan aku harap
ada satu hari yang membuat syaitan menangis

selamat 820 hari lelaki kesayangan

Saturday 25 August 2012

selamat hari raya :)

Assalamualaikum sahabat semua :)

alhamdulillah sempurna sebulan kita berpuasa kan. menahan nafsu. ok. sekarang semua orang tengah mood raya kan. same goes to me. sekarang ni masuk raya yang ke tujuh kalau tak silap laa. esok dah boleh balik jengka ye fara. :( ikutkan hati memang tak nak balik dah. nak duduk rumah je. tapi mana boleh kan. aku masih punya tanggungjawab lagi. time raya ni banyak sangat assignment nak buat. tapi satu pun tak sentuh. how sad. dengan quiz lagi. fara ni banyak main la. enough cerita pasal kerja. kalau nak cerita pasal assignment memang tak kan habis laa kan.

aku rindu sangat bulan ramadhan. teramat rindu. kira ni ramadhan pertama aku praktikan diri jadi muslimah sejati. sejati ke? tak laa sangat tapi tengah memperbaiki diri ye sahabat. abah cakap jangan jadi hamba ramadhan dah habis ramadhan kita kembali perangai lama. no no no k. alhamdulillah ramadhan kali ni aku dapat khatamkan quran. bukan nak riak atau menunjuk tapi satu pencapaian kat diri kan. lagi pon bukan ada yang baca blog ni pon. sekadar luahan perasaan je. tapiiii.... bila syawal menjelang ntah kenapa diri merasa sangat malas ya Allah. ye aku sedar syaitan sedang menghasut aku. ntah bila fara nak buka balik al-quran tu. ya Allah. hambamu masih tidak sempurna lagi. Start isnin ni isha Allah nak puasa 6. nak didik diri macam dekat madrasah Ramadhan.

ok next nak cerita pasal ulangtahun kelahiran saya laa. cehhh. alhamdulillah sudah masuk umur 20 tahun pada 16 august hari tu. apa rasa dah umur 20 tahun ni. emm aku rasa dah matang kot. mana tahu tahun depan kahwin. ececeh. hahaha. terima kasih dekat kawankawan yang mendoakan kesejahteraan  dan tak lupa juga dekat mak abah and family buat surprise. i'm so touched ;') tahun ni sambut birthday single laa tapi ok pe. ada juga orang sayang. hhaha. paling tak sangka sufyan wish birthday dekat kita. ececeh. kalau si syikin tahu memang kene nganjeng 10 keturunan. terima kasih juga dekat ashraf wish dekat bbm, kakak kakak usrah. terima kasih sangat sangat. so sambutan birthday kali ni, terbalik sikit sebab aku yang bagi hadiah dekat mak. haha. ok tak jam tu mak. hope mak suka.

so lets go cerita pasal raya laa. tahun ni raya dekat melaka and johor. tahun ni jugak tahun pertama raya tanpa atuk. so, mak and abah decide bawa nenek sekali laa beraya dekat melaka and johor. tema tahun ni kelabu. disebabkan tak sempat nak cari jubah and baju kurung warna kelabu sebat je baju pergi anugerah dekan hari tu. jimat. hari raya pertama sangat meriah and duit raya masyuk tahun ni, alhamdulillah. Raya kedua gerak dekat johor. orang johor lagi pemurah tau. terima kasih pokcik mokcik ye. disebabkan konon nak buat assignment kami bertiga iaitu aku, ika dan abg alip telah pulang awal pada petang raya kedua. tapi sebenarnya tak buat kerja pon. masuk raya ketiga dah start raya dengan kawan kawan sekolah rendah. ya Allah excited gila bila ada yang dah pregnant. macam best je. dorang pon start terkejut tengok perubahan aku. yela dulu kan fara ni kalau beraya kalah mak datin. alhamdulillah simple is better right.  sambung raya sampai laa semalam dengan kawan kawan je. sumpah penat tapi happy dapat borak dengan dorang.

ok laa sampai kat sini je laa cerita aku. nak sembahyang dulu.then nak petang ni nak cari jubah dengan ika. gambar raya boleh tengok dekat facebook ye. malas nk upload. lagi pon mana ada orang bace blog ni.  ok selamat hari raya. chopp sebelum tu nak share something ni jangan sedih kalau tak pakwe or makwe dipagi syawal tapi lagi sedih kalau tak de ibubapa dipagi syawal. ok. jangan jadi mangsa nafsu dunia k kawankawan. Allah love you. assalamualaikum :)