Dah lama tak update blog saya ni kan. baru dalam 3 atau 4 hari je kot. bukan malas tapi tidak mempunyai input atau knowledge ingin dikongsi. bagaimana hari anda semua hari ini? alhamdulillah, hari saya indah kerana diberi kesempatan hidup dan bertaubat. Dalam 2 3 hari ni. rajin sangat search youtube. #bukan dari dulu ke -..- saya saja cari doa dhuha. jatuh hati sangat dengan doa ni. betapa indahkan ayat Al-quran ni kan. terima kasih dekat tb alhijrah sebab play doa ni. kalau korang dah dengar sumpah jatuh cinta. so cepat search kat youtube doa dhuha dari korang search video clip jeniffer lopez. hehehe.
let's continue. hari ni kita cerita mengenai taubat ye rakan rakan. bukan tahu buat je tapi tak reti reti nak bertaubat.
bukan ingin buka pekung didada. tapi hanya ingin berkongsi kisah saya yang banyak khilaf dari kecil hingga sekarang. tapi jangan risau ye kawan kawan, sehingga belum kiamat dan nyawa kita ditarik pintu taubat sentiasa terbuka untuk umat nabi Muhammad s.a.w.
aku dahulunya bukan la memakai tudung
jika pakai hanya disekolah
kalau ikutkan cukup ilmu agama yang orangtua ku berikan
tetapi mengapa masih alpa?
kerana duniawi , kerana terbuai oleh kata pujian manusia yang mengatakan cantik rambut ini
ingat lagi ketika umur aku 17 tahun
aku mengatakan orang pakai tudung ni tak ikut trend # nauzubillahminzalik
solat memang solat tapi solat aku bagaikan kosong
tidak hairan mengapa keputusan SPM aku tidak secemerlang adek aku
tetapi alhamdulillah, Allah maha penyayang. Allah limpahkan rezeki kepada aku
aku dapat melanjutkan pelajaran di IPTA
ketika itu aku masih lagi dengan ego aku dengan agama
betapa bodohnya aku ketika itu
tetapi sikit demi sedikit aku mula tertarik dengan sehelai tudung
tapi ketika itu bonggol unta menjadi trend
aku seolah olah tertarik
"cantik juga pakai tudung ada bonggol tu kan"
tetapi hanya didalam hati sahaja ketika itu
sampai la aku berkenalan dengan seorang lelaki
dia betul betul mengubah aku
ketika itu betapa gembiranya kedua ibubapaku dan keluargaku
alhamdulillah
tetapi tidaklah sesempurna kututup
jujur aku katakan mungkin aku mangsa kepada fashion
lilit sana lilit sini
baju masih ketat
sanggup berlapar untuk mendapat body yang menarik
untuk apa ? pujian manusia
ketika itu yang kukejar pujian manusia dari pujian dari Allah
*kesat airmata
jika diikutkan tahun ini masuk tahun kedua aku berhijab
aku tak tahu mengapa terjadi pada aku
ketika itu aku bersama rakan rakan aku cerita pasal orang berhijab
aku sudah 20 tapi masih kejar dunia ni
#baru 20 je kot, enjoyla dulu
aku betul betul tersedar, apa guna aku solat jika masih mengumpat
apa guna baca al-quran tetapi masih punya hasad dengki
Ya Allah hambamu ini masih banyak khilaf
aku bercerita mengenai hijab dengan Dia
Dia orang pertama orang yang tahu niat aku nak berubah
transformer untuk kali kedua
Dia amat menyokong aku. terima kasih
kedua, terima kasih kepada adik ku ika
banyak membuka mata kami sekeluarga
betapa manis nya iman ini
tidak tahu bagaimana nak ungkap melalui perkataan
apabila kami semua berhijab dengan sempurna
perubahan paling ketara yang aku buat ialah tinggalkan Dia
sepanjang malam menangisi
bukan hanya semalam hampir setiap malam sehingga ke hari ini
hanya doa pengirim dan hope Allah melindunginya
kalau awak perasan laa,saya bertanggungjawab atas kegagalan awak
tetapi selalu awak cakap mana ada, so, saya akan bertanggungjawab
mulai hari itu, aku cuba ubah diri ni
ika cakap ubah perlahan lahan nikmati perubahan itu
aku perlahan lahan ubah cara pemakaian ku
jika salah tegurlah aku
aku perlukan teguran agar aku tidak lalai :)
sehingga hari ini aku masih dalam proses perubahan dan taubat
doakan aku ye sahabat :)
maaf entri terlalu panjang
banyak lagi luahan dan ilmu ingin di kongsi :)
assalamualaikum
No comments:
Post a Comment