ehem ehem. bismillahirahmanirrahim. macam mana nak start ye. actually ini adalah short note love for somebody that i love so muchhh. guess who? otomen? ohh no . boriiinngg. ingat aku tak de life ke asyek nak cerita benda sama je. haha. now turn mak aku laa. fair and square laa kan.
dah lama mahu bercerita mengenai ibunda. ye sudah lama. mahu tahu tak? awak wanita paling awesome pernah kenal dan jumpa. haha. klise kan mak. semua orang cerita best pasal mak mak dorang, tapi kan mak kita pon nak bagitahu juga kita ada mak yang awesome. hahaha.
boleh teruskan lagi? tak de sape yang tertidur kan. mak mak! waktu orang tengah menaip ni mak tengah sibuk ikat sup bunjut adabi. :') ye sejak dua minggu kebelakangan ini. sejak kita balik lagi. mula mula kita ingat mak nak wat ape ntah. bukan sikit tau 10 kg. hebat tak mak kita. buat sorang sorang. bila kita tanya sape suruh mak buat? mak cakap mak sendiri nak buat sebab nak cari duit lebih. kita kesian laa tengok mak. even mak cakap mak bukan buat nasi lemak pon lepas tu jual pagi pagi. tapi kan mak , mak still menyusahkan diri mak. emmmm
abah bila tengok mak buat, abah mesti cakap tak payah buat laa nora. buat sakit tangan je. tapi mak ni degil nak buat juga. mak cakap boleh buat simpan sikit duit ni. mana tahu nak pergi umrah :') lepas dengar mak cakap macam tu , kita sedih tau. kita terus belajar dengan ika macam mana nak ikat. susah laa mak. sakit tangan. macam mana mak buat. bila tanya mak cakap tak payah buat laa. kau belajar je laa. kan nak exam ni.
aku pon geram pergi laa belajar. ye malam tadi aku dah buat. sakit laa. nak putus jari. hahaha. banyak aku buat sampai pukul satu. mak cakap pergi laa tidur. aku tak nak. werk. hahah. mak tak larat lepas tu mak tidur dalam pukul 11 lebih. kita dengan ika gigih buat. haha. sebab mak cakap hari rabu mak nak hantar. kesian mak. nak kemas rumah lagi.
pagi tadi kita sambung lagi buat. sampai petang. bila malam mak cakap kau buat ke fara. kita senyum je laa :) terima kasih ye nak. tetiba mata kita basah. mak ni.... kita laa kena cakap terima kasih. sebab sanggup susah susah cari duit.
mak selalu buat muka sedih laa
mak kita janji bila kita habis belajar nanti
kita nak bagi mak senang
kita janji mak
No comments:
Post a Comment